Mungkin tidak mahu terus menyembunyikan wajah suaminya daripada umum apatah lagi peminat yang selama ini menyokong kariernya, Linda Onn akhirnya ‘mengalah’ dengan berkongsi sekeping (ya, sekeping jer..) gambar dia bersama suaminya, Ungku Azhar.
Linda berkongsi gambar yang diambil semasa majlis pernikahan mereka itu di laman sosial Intagram’nya dengan caption “Thank You Hubby Ungku Azhar for the photo..love u like a love song ..muahh“.
Sebelum ini media gagal mendapatkan gambar penikahan Linda dan Ungku Azhar kerana majlis pernikahan mereka dilangsungkan secara tertutup dengan alasan keluarga pihak suaminya mahukan privasi selain tidak mahu gambarnya didedahkan secara terbuka.
Handsome tak? Mestilah handsome, sebab tu jadi suami LO. Hee~