Amir Raja Lawak Dilema, Digilai Dua Wanita

Tengok sana tengok sini. Scroll atas bawah, ternampak post seorang kawan di facebook tentang Amir Raja Lawak. Dengarnya Amir Raja Lawak sekarang berada dalam dilema kerana digilai dua wanita.

“Saya mengaku ada dua wanita yang ‘gilakan’ saya sekarang dan mereka berasal dari Kuala Lumpur. Kami kenal melalui WeChat, saya sukakan kedua-dua mereka.


“Tetapi di antara mereka berdua, saya akan pilih yang terbaik…Kedua-dua mereka baik, tetapi saya mahu pilih yang faham kerjaya saya dan tidak cepat merajuk.

"Mereka cukup istimewa kerana seorang tu kurus dan seorang lagi agak comel. Buat masa ini hati saya lebih terbuka kepada yang comel,” kata Amir apabila diminta mengulas soal jodoh.

Amir telah mendedahkan kisah cinta dia ini kepada Mstar Online. Sebelum ini, Amir pernah dikecewakan leh lima orang wanita yang hanya mahu mengambil kesempatan terhadapnya.

Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 25, memberitahu, perkenalannya dengan dua wanita berkenaan yang masing-masing berumur 20 dan 23 tahun, masih dalam peringkat mengenali hati budi masing-masing sebelum dia memilih calon terbaik untuk dijadikan teman istimewa.

Moga dia berjumpa dengan pasangan yang terbaik. :)

credit to Astro Gempak