Fakta Bantuan Skim MyHome
Dikenali sebagai Skim Perumahan Mampu Milik Swasta atau MyHome
Maksimum Bantuan Rumah RM30,000
Terhad Jumlah Peruntukan sehingga RM300 Juta
Kerajaan akan membantu mereka yang layak membeli rumah pada harga rumah kos rendah dan perbezaan baki harga akan dibayar kerajaan kepada pemaju berkenaan.
Terhad kepada 10,000 unit rumah
Warganegara Malaysia
Terbuka kepada pembeli rumah pertama
Pendapatan bulanan isi rumah maksimum RM3,000 bagi kos rendah
Pendapatan bulanan isi rumah maksimum RM6,000 bagi kos sederhana
Dilarang menjual rumah dalam masa 10 Tahun
Subsidi Skim Myhome akan dibayar terus ke akaun pembeli
Contoh Subsidi Skim MyHome
Subsidi akan diberikan kepada pemohon yang layak untuk membeli pada harga rumah kos rendah mengikut definisi yang ditetapkan kerajaan negeri.
Jumlah maksimum subsidi adalah RM30,000
Misalnya kalau kerajaan negeri menetapkan rumah kos rendah pada harga RM40,000, sedangkan pemaju terpaksa menjual rumah pada harga RM70,000, maka kalau pemaju dan pembeli berkenaan layak untuk mengambil bahagian dalam skim ini, maka rumah RM70,000 akan dijual pada harga RM40,000, dan baki RM30,000 dibayar kerajaan.
Borang Permohonan Skim MyHome
Setakat info terkini, orang ramai boleh memohon di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk mendapatkan borang bantuan Skim MyHome bermula pada 1 April 2014.
Permohonan secara online Skim MyHome tidak disediakan.
Tarikh Permohonan Skim MyHome. Mulai 1 April 2014
Pihak KPKT akan memaklumkan mekanisme borang untuk pemaju dan pemohon di negeri masing-masing dalam masa terdekat. Kami akan update dari masa ke semasa mengenai borang permohonan.
Laporan Asal: blogsgosip