CHEF WAN KRITIKAN PROGRAM DAPUR PANAS TV3 TIDAK BERKUALITI

Chef Wan yang sebelum ini menarik perhatian ramai dengan tindakannya mengkritik menu laksa hotel 5 lima di ibu kota, nasi lemak tak lengkap Malaysia Airlines dan kini timbul pula dengan kritikan baru.


Mangsa 'kritikan' baru Chef Wan kali ini membabitkan sebuah program rancangan yang disiarkan oleh TV3, iaitu DAPUR PANAS didakwanya tidak berkualiti.

Menurutnya lagi, stesen tv pada hari ini lebih mengutamakan wajah selebriti yang kacak dan cantik untuk diangkat naik menjadi Selebriti Chef di kaca tv. Bukannya pengalaman dan kemahiran yang dititikberatkan.

Baca kritikan Chef Wan melalui laman Instagram beliau di bawah:


"Jarang not even once a year i make an effort to watch our local cooking show as i have very little time to do so.Today while Spring Cleaning my X wife home with my son,my maid and my driver i happened to see this show. 

Not only i find the show terribly boring but the Kitchen set that was stage infront of a pelamin to be so hideous! Bila lah TV station kita ni akan berubah sikap mereka to produced a Cook TV Cook show with a better production Co that understand What TV Cookshow is all about?

Bersepah contoh2 la, di TV cable antarabangsa yang lain today yang boleh kita belajar dan ambil contohnya.After 26 years being a TV chef u still see the same shit over and over again. Bila agaknya kita ni boleh maju ke hadapan sikit and buat sesatu yg baik?

We dont seem to progress at all and the Quality is also poor. Hari ini any Tom, Dick and Harry boleh jadi Celebrity Chef.Jika kita tengok kan CV mereka pengalaman dah la kurang, asal kan ada " Rupa" boleh host terus jadi Celebrity Chef. Dulu2 kita nak belajar memasak dari orang yg tinggi pengalamannya serta jauh perjalanannya mcm orang tua kata la, dah banyak makan garam.

Tapi these days yang setahun jagung baru belajar memasak sedikit dah mula nak mengajar orang lain. How is these possible? Bukan ke dunia memasak ini has to do with skill labour? Yang Menang Master Chef baru setahun jagung pun dah keluar buku masak sendiri pada hal pengalaman didalam dunia culinary mereka sangat lah kurang. But what to do semua ini ada lah kesilapan TV station itu sendiri yg keluar kan TV Chef hari ini asal kan dapat la tanpa memikir kan the Quality and skill of that host itself." - CHEFWAN

Ada benarnya kritikan yang dihamburkan oleh Chef Wan. Jika anda pernah melihat channel AFC yang bersiaran di Astro dan dibandingkan pula dengan rancangan memasak tv tempatan kita, jauh sekali bezanya. Nampak lebih profesional dan mudah difahami.

Secara seriusnya, pihak TV3 perlu menerima kritikan Chef Wan dan membuat penambahbaikan segera di masa akan datang. Jangan hanya pentingkan keuntungan semata-mata, tetapi kualiti juga perlu dijaga

Laporan Asal: mymedialab