COOL: Sony Menjual MP3 Player Di Dalam Botol Air Untuk Membuktikan Ia Kalis Air (Video)

Bagaimanakah cara untuk membolehkan pengguna percaya Mp3 Player yang diperkenalkan oleh Sony adalah menggunakan teknologi kalis air? Selain daripada meletakkan bungskusan dengan gambar air dan juga iklan yang menunjukkan ia mampu untuk dimasukkan di dalam air, Sony nampaknya memperkenalkan cara baru untuk menarik minat para pengguna untuk membelinya dengan menjual produknya yang telah berada air sewaktu membelinya.


Walaupun pemain Mp3 ini boleh dikatakan sudah lama diperkenalkan dan merupakan model yang telah lama, Sony nampaknya menjual produk ini dengan cara terbaru iaitu memasukkan mp3 player ini di dalam air dan dijual mesin layan diri yang dijual berdekatan dengan gim dan beberapa tempat lagi yang menjadi tumpuan pengguna beriadah.
Ia sesuatu yang unik dan mengagumkan dan anda sendiri boleh melihatnya melalui video di bawah. Ia dikatakan diguna pakai oleh Sony New Zealand dengan bantuan syarikat DraftFCB. Produk ini diberikan nama Bottled Walkman.

Sumber : TheNextWeb