INFO PENTING: Langkah-langkah yang perlu anda ambil jika akaun FB anda digodam

Notis kepada pengguna Facebook mengenai langkah-langkah yang boleh diambil jika akaun digodam

iawani-facebook-hacker-hacked-0-1-medium.jpg (800×450)
Jika berlaku penggodaman kepada akaun Facebook (FB) anda, terdapat beberapa langkah mudah yang boleh diambil bagi menyalurkan terus aduan kepada pihak FB serta mengembalikan akses kepada akaun asal anda. Anda boleh memilih untuk melakukan langkah-langkah seperti berikut :-

Langkah (1)

  1. Layari https://www.facebook.com/hacked
  2. Klik pada "My account is compromised"
  3. Isikan kata laluan terbaru anda.
  4. Pilih ruangan "Email me a link to reset my password"
  5. Log in ke akaun emel anda  untuk menetapkan kata laluan yang baru.

Langkah (2)

  1. Di laman utama FB (https://www.facebook.com), klik pada "Forgotten your password?"
  2. Pada ruangan "Find your account", isikan ruangan tersebut sama ada "email, phone, username, or Full name". Kemudian klik pada butang "Search"
  3. Setelah akaun asal anda dikenalpasti, pilih ruangan "Email me a link to reset my password"
  4. Log in  ke akaun emel anda untuk menetapkan kata laluan yang baru.

Anda juga dinasihati supaya meneliti semula tetapan keselamatan (security settings) untuk memastikan kawalan ketat ke atas akaun Facebook tersebut, supaya kejadian tersebut tidak berulang lagi.