Mat Said, MB Terengganu bengang gambar dipeluk Neelofa tersebar
Dunia internet sememangnya bebas dan luas untuk membuat carian apa sahaja maklumat, gambar, video dan lain-lain. Pastinya, penyalahgunaan etika berinternet juga semakin berleluasa seperti fitnah, menghina, mengkritik malah tempat untuk membalas dendam.
Hari ini sahaja, Mat Said, Menteri Besar Terengganu adalah antara individu yang menjadi mangsa fitnah selepas sekeping gambar lelaki dipeluk pelakon Neelofa telah diedit pada bahagian kepala dan ditukar dengan wajah beliau.
Sebenarnya, gambar lelaki yang dipeluk Neelofa bukannya Mat Said atau mana-mana lelaki tetapi itu ialah patung pelakon terkenal Hollywood, George Timothy Clooney. Baca artikel di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang gambar tersebut.
Akibat penyebaran gambar palsu tersebut, Mat Said telah tampil kepada media untuk menafikan lelaki yang dipeluk Neelofa ialah dirinya. Kata DUN Kijal itu, fitnah ini merupakan kali kedua sejak menutup akaun Facebooknya tahun lalu.
“Tahun lepas, saya dah tutup FB kerana saya bosan dengan apa yang berlaku. Tapi ada orang klon (gambar) guna nama saya. Kita dan check (periksa), satu didaftarkan di Singapura dan satu lagi daftar di US (Amerika Syarikat)."
“Pegawai kita dah buat penafian dan kita tiada lagi FB. Semua itu dilakukan pihak tidak bertanggungjawab dan saya senyum saja bila tengok gambar saya (dengan selebriti), saya gembira saja.”
Laporan Asal: plbgaimacam