Pemenang Biggest Loser Hilang 70.3 kg, Kini Jelita

Ketika mula menyertai Biggest Loser musim ke 16, berat Rachel Frederickson ialah 138 kg.
Dahulu, semasa di sekolah tinggi, dia merupakan ahli pasukan renang sekolah dah pernah memenangi pertandingan peringkat nasional. Namun ketika berusia 17 tahun, dia putus cinta, lantas menghilangkan kekecewaannya dengan makan.
Rachel makan dan terus makan, dan dalam masa tujuh tahun, berat badannya telah meningkat berganda-ganda, dan dia telah mencapai tahap obesiti. Dia menyertai program Biggest Loser dengan harapan untuk mendapatkan semula badan atletik yang pernah dimiliki dahulu.
;
Rachel tidak mudah berputus asa. Dalam program Biggest Loser, dia sentiasa mengikut nasihat pelatihnya. Rachel memberitahu dia mengamalkan diet 1600 kalori sehari tetapi bersenam dengan gigih.


 photo article-0-1B3ACDC100000578-45_634x465.jpg

Saya cuma mengikut sistem sokongan yang saya dapat dalam program Biggest Loger, iaitu pelan dari pelatih saya, nasihat nutrisi dari Dr. Cheryl, dan saya bersenam dengan keras. Jadi saya bersenam, bekerja sambilan, dan makan secara super-sihat.
Sekarang saya hanya mengekalkan sistem sedia ada untuk mengawal berat badan dari naik semula.
Hasilnya ialah kehilangan berat badan yang paling drastik dalam Biggest Loser, iaitu sebanyak 70.3 kg. Mahu lihat bagaimana rupa Rachel sekarang? Sila baca entri ini sepenuhnya.






 photo article-0-1B34D16F00000578-233_638x483.jpg
 photo article-0-1B34D33B00000578-860_640x533.jpg
 photo article-0-1B34D33300000578-952_640x422.jpg
 photo article-0-1B34D41800000578-457_640x418.jpg
 photo article-2552579-1B34D2F700000578-728_638x434.jpg
 photo article-2552579-1B34CC9300000578-66_640x569.jpg
Kerana perubahan berat badan yang begitu drastik, ada pihak yang mempersoalkan sama ada penurunan berat badan Rachel adalah sesuatu yang normal. Namun Rachel tetap mempertahankan diet yang dijalankannya, dengan mengatakan dia turun banyak berat badan bukan kerana berlapar, tetapi kerana senaman keras yang dilakukan.
Apa pun pendapat kami, berat badan Rachel sekarang jauh lebih sihat dari berat badan asal beliau, jadi sepatutnya soal ini tidak timbul.
Rachel telah mengalahkan Davis Brown, 42, yang mendapat tempat kedua dan Bobby Saleem, 28, yang mendapat tempat ketiga.


 photo article-2552017-1B34CC0300000578-130_648x737.jpg
 photo article-2552017-1B34D10700000578-277_644x490.jpg
Kini Rachel boleh tersenyum bahagia kerana dia bukan saja sihat dan atletik, malah lebih yakin dengan penampilannya.


 photo article-2553167-1B3ACE1D00000578-290_634x749.jpg
Laporan asal: amazingnara