Dia Telah Hamilkan Saya !

SHELIN menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.
IPOH: Demi cinta, seorang pelakon dan ahli perniagaan di sini sanggup berbuat apa saja bagi memenuhi kemahuan teman lelakinya termasuk membenarkan dirinya ditiduri.

Namun selepas terlanjur dan kandungannya kini berusia enam bulan, lain pula jadinya apabila lelaki berkenaan bukan saja tidak mengaku zuriatnya, malah mengugut membelasah kekasihnya dengan mengupah samseng.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Shelin, 29, turut dituduh perempuan jalang dan pengedar dadah oleh lelaki berkenaan.

Menurutnya, lelaki yang bekerja di sebuah agensi kerajaan di Kulim, Kedah itu pernah berjanji mengahwininya sebelum bertindak melarikan diri selepas mengetahui mengenai kandungannya itu.

“Yang menjadi persoalan kini dia sudah bertunang dan mendaftar perkahwinan dengan seorang perempuan lain dan akan melangsungkan majlis perkahwinanpada April ini.