Mawar Fareeda buat hal lagi!
Rasanya ini bukan pertama kali pembaca dengar cerita pasal admin Mawar Fareeda Fanpage dikatakan kurang ajar dan suka menyindir pelanggannya. Perkara ini pernah juga terjadi sebelum ini dan Mawar pernah minta maaf kerana komen yang diberikan itu bukan datang dari dia.
Tapi baru-baru ini, admin fanpage tersebut telah menyindir seorang pelanggan di dalam akaun facebook tersebut.
Dalam komen tersebut, pelanggannya mengadu tag jenama Fareeda sering terkelu
ar walaupun baru pertama kali memakainya, namun dibidas oleh admin akaun tersebut dengan menyindir seperti tidak percaya dengan masalah pelanggannya itu dan memberitahu jika dikikis dengan pisau pun tak mungkin tag mereka terkeluar
Wah nampaknya, admin Mawar duta produk Fareeda ini tidak serik lagi setelah beberapa kali ditegur dan sikapnya itu dianggap tidak menghormati hati dan perasaan pelanggan.
Sepatutnya dalam situasi ini admin Fareeda harus lebih bersabar melayan pelanggan kerana bak kata pepatah orang putih, “customer always right”bukan? Kenalah jaga kredibiliti jenama Fareeda itu sendiri. Kalau tidak, peminat pun lari. Ye tak?