Luahan Hati Fiza Temui Jawapan


Perkembangan status perkahwinan pasangan selebriti Adam AF2 atau Mohd Aizam Mat Saman,31, dan Fiza Elite, 33 akhirnya menemukan satu keputusan baru apabila kes permohonan cerai pasangan itu bakal disebut di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada Isnin depan.

Jika beberapa hari lalu ramai yang bertanyakan status mengenai sebuah entri yang dimuatnaik Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim semua kini sudah jelas bahawa sengketa yang kini terjadi dalam perhubungan yang belum memasuki usia setahun ini.

Namun begitu, Fiza yang menggunakan nama @PuteriMahsuri81 di Instagram itu difahamkan telah memadamkan entri tersebut atas sebab yang tidak diketahui.

Menurut sumber, Fiza sudah memfailkan permohonan cerainya di mahkamah berkenaan pada minggu lalu dipercayai kerana kurang persefahaman dalam perkahwinan.

Walaubagaimanapun Adam sebelum ini berkeras dan menafikan sebarang perkaitan melibatkan hal rumahtangganya dengan Fiza malah mengaku bahawa rumah tangga mereka berada dalam keadaan baik tetapi enggan mengulas lanjut. Adam dan Fiza bernikah pada 26 September tahun lalu selepas dua bulan berkenalan.