Luahan Hati Fiza Temui Jawapan


Perkembangan status perkahwinan pasangan selebriti Adam AF2 atau Mohd Aizam Mat Saman,31, dan Fiza Elite, 33 akhirnya menemukan satu keputusan baru apabila kes permohonan cerai pasangan itu bakal disebut di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada Isnin depan.

Susulan Teman Wanita Baru Emran,Ikuti Apa Reaksi Erra [5 Gambar]


Sejak beberapa hari lepas, ramai yang mengikuti perkembangan Erra Fazira dan Engku Emran, gara-gara Emran memberi 'pembayang' bahawa dia kini sudah bertemu pengganti Erra yang lebih manis dan pandai dalam ilmu agama.

Bak kata 'orang lama', hidup harus diteruskan (move on). Kenangan silam hanya tinggal satu sejarah suka duka yang tidak mungkin kembali lagi. Apa guna 'menunggu' jika orang sudah tak sudi? Heh.

Namun persoalannya sekarang, siapakah wanita yang berjaya merebut cinta Emran itu? Ramai yang sudah membuat siasatan sendiri (maklumlah di Malaysia banyak mat Bond) berdasarkan 'signature' yang dicatat di lukisan Emran iaitu 'Adeena'.

Menurut beberapa laman sembang, catatan nama tersebut membawa kepada penemuan empunya diri iaitu 'Adeena Richardson', wanita yang minat melukis. Malah terdapat juga sebuah laman sosial yang menggabungkan gambar Emran dan Adeena... namun tidak pasti ianya milik mereka atau sengaja diwujudkan.

Sementara itu, Erra dalam laman Instagramnya dilihat amat berhati-hati dan menjaga nama baik bekas suaminya. Dia dilapor akan memadam komen-komen yang memburukkan Emran sambil memberi nasihat secara berhemah.

"MAAF SANGAT2 YA.. SAYA TERPAKSA DELETE ISU YG KALIAN BINCANGKAN. SUDAH LAH YA... KITA MELANGKAH KE DEPAN DGN MINDA YG POSITIF YA. SAYA DOAKAN AYAH ALEESYA BERBAHAGIA DAN SEMOGA MENDAPAT JODOH YG BAIK DAN BOLEH TERIMA ALEESYA DAN SAYA SBG IBU KEPADA ALEESYA DENGAN BAIK. INSYAALLAH.. KITA SPREAD LOVE PLEASE. TAKMO KITA SESAMA KITA PULAK BERTELAGAH. SAYA HARGAI DAN FAHAM MAKSUD KALIAN.. TERIMA KASIH KERANA MEMBERI SAYA SEMANGAT. INSYAALLAH.. KITA SAMA2 DOAKAN KESEJAHTERAAN DAN KEBAHAGIAAN KITA.. AMIN," 

demikian petikan komen Erra di Instagramnya




Koleksi Kad Ucapan Selamat Hari Bapa 2014

17 Jun 2012 merupakan hari yang amat bermakna bagi seorang ayah. Kat bawah ni merupakan beberapa ucapan selamat hari bapa yang boleh anda gunakan. Anda juga boleh kongsikan gambar ni dilaman facebook atau ambil ucapan ini dan hantar sms kepada bapa anda.



















Punca Kes Remaja Di Perkosa 38 Lelaki , Laporan Polis Tersebar !


Gadis berusia 17 tahun yang ditahan reman berhubung dengan kes rogol seorang gadis 15 tahun oleh kira-kira 38 lelaki di Ketereh, Kelantan pada 20 Mei lalu mungkin bersekongkol dalam merancang jenayah tersebut.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Azham Othman berkata, pihak polis curiga kerana dia tidak membuat laporan polis berkenaan insiden itu, memetik The Star.

Setakat ini, lebih 10 orang termasuk gadis itu sudah ditahan dan polis percaya hampir kesemua mereka berada di bawah pengaruh dadah sewaktu melakukan perbuatan tersebut.

Azham turut menekan pengambilan pil kuda atau amphetamine sebagai salah satu faktor yang menyumbang kepada peningkatan kes rogol.

Di Kota Bharu saja, lebih kurang 16 kes rogol dilaporkan sebulan dan kebanyakannya melibatkan mangsa bawah umur.

Kami percaya ia ada kaitan dengan penyeludupan dadah merentasi sempadan Malaysia dan Thailand, katanya.

TANDA TANDA SAKIT DI BADAN


Tanda tanda sakit dibadan yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
c) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).

a) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
b) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
b) Bersin
i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. BATUK

a) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG

a) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
b) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

a) Bibir pucat
i) Sistem penghadaman yang lemah.
ii) Perut mengandungi angin.
iii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
b) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

a) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
b) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
c) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.

a) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
b) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.
8. KULIT Berpeluh :

a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN

A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
a) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
b) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH

a) LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b) MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCING

a) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESAR

a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN

a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :

a) Sistem jantung yang lemah.
b) Sistem saraf otak yang lemah.
c) Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

Walahualam

Perkongsian Cerita Lawak Malam Pertama


Himpunan Cerita Lucu Malam Pertama. Hangat!! Pasti anda gelak ketawa, jangan sampai huhuhu ye... jom sama-sama gelak sakan dengan cerita lawak malam pertama.

Malam pertama buat sepasang pengantin baru. Si suami baru saja memadamkan lampu bilik. Selang 15 minit si isteri mengerang.

"Adui.. Sakitnya B… !”

Si suami cuba menenangkan isterinya.

"Jangan nangis baby.. Nanti mama papa dengar.. Mereka mungkin belum tidur lagi tu.."

Kebetulan bilik mama papa hanya bersebelahan kamar tidur pengantin. Si isteri masih mengerang kesakitan.

“Sakitnyerrr B………"

Kerana tidak dapat menahan sakit, si isteri terus mengerang. Si suami cuba memujuk.

"Sabar ye Baby! Tahan sikit.. Esok baru cabut."

Tanpa disedari rupanya papa mengikuti perkembangan pengantin dan terdengar anak perempuannya mengerang. Mula dia tidak peduli, biasalah malam pertama. Tapi kali ini dia sudah hilang sabar. Lantas terus dia bangun, pergi ke bilik sebelah dan terus menendang pintu bilik pengantin.

Dengan rasa geram papa memarahi menantunya.

"Apahal ni? Mati lah anak aku kalau esok baru kau nak cabut! Kau cabut sekarang!!!"

Terkejut besarlah pasangan pengantin baru. Sambil menahan sakit, si pengantin perempuan pun berkata kepada papa nya..

"Papa, takkanlah sakit gigi pun boleh mati.. Lagipun manalah ada Klinik Gigi yang buka 24 jam?"

Nota kaki:

Jangan otak kuning ye...


===========================


Malam Pertama Malam Terindah


Sang suami yang baru menikah merasa hairan melihat tingkah laku istrinya, yang
pada malam pertama membuka jendela dan menatap ke langit melihat bintangbintang.
Dengan jengkel suaminya berkata...
"Ada apa gerangan kau menatap langit di malam pertama kita ini?" Jawab sang istri,
"Menurut ibu saya, malam ini akan menjadi malam terindah selama hidup saya. Jadi
saya tak akan melewatkan sedetik pun keindahan malam ini, aku akan menatapnya
sampai pagi."


Malam Pertama, Kedua dan Ketiga......
Dalam keheningan malam penuh syahdu, Ramli masuk ke kamar kerana mengantuk. Dilihat isterinya sudah berselimut dari hujung rambut ke hujung kaki. Malu agaknya. Maklumlah malam pertama..." bisik hati Ramli. Dimatikanya lampu dan ia pun berbaring di katil. Dicelah2 saura kodok menyeru pasangannya, terdengar suara isteri berbisik, penuh romantis, "Buah papaya dah masak ranum, bila tupai nak datang merasa ?" "Dah, apa citer ni ?" tanya Ramli dlm hati. Separuh malam dia terbaring berfikir. "Oh, agaknya isteri ku teringat kampung halaman.. sian.. sampai mengigau? Takpelah, biarlah dia tidur" bisik hatinya penuh understanding.
Mlm ke 2 adegan yg sama cuma dialognya agak berbeza. Bisik isteri "Sawah bendang dah siap dibajak, bila pak tani nak turun menyemai?" "kesiannya bini aku.. masih ngigau lagi.. aku mesti cari penawar !" Ramli bertekad. Esok harinya, Ramli bercerita pada ayah yg kebetulan datang untuk bertanya khabar `pengantin baru' "Lah.." keluh ayah Ramli, "aku antar belajar sampai Universiti, benda cam ni pun kau tak paham?" Ayahnya pun mula bercerita perihal adam & hawa, laila & majnun, romeo & juliet... (yg relevan untuk pegantin baru je!) Sepatah cakap orang putih "about the birds & the bees". "oh. cam tu." sengih ramli, "baru saya paham. Taulah apa nak buat malam ni!" Malam yg sangat ditunggu2 ramli pun tiba... adegan sama dikamar tidur. cuma kali ini isterinya membisu seribu bahasa. "lah.. nape pulak senyap. takkan dia give up" tertanya2 si Ramli. Setelah sekian lama tanpa suara dari isteri, Ramli pun berkata, "Dah lapar betul rasanya perut, boleh tupai datang merasa?" Malam dingin semakin sunyi.. tak jawab pun... "Kain pelikat dak disinsing rapi, boleh pak tani turun menyemai ?" pun..masih takde jawaban... Ramli mencuba lagi. "Juruterbang dah siap sedia... boleh pesawat turun mendarat ?" Sayu sekali jawaban si isteri dari bawah selimut, "Maaf tuan... Landasannya baru saje banjir...!"

- See more at: http://www.sembangape.com/2014/06/perkongsian-cerita-lawak-malam-pertama.html#sthash.kqVZSv5A.dpuf

Misteri 13 Pesawat Di Langit Austria Tiba-Tiba Menghilang Dari Radar


Sekitar 13 pesawat tiba-tiba menghilang dari radar ketika sedang berada di atas Austria. Mereka lenyap selama 25 minit.

Surat khabar the Daily Mail melaporkan, Jumaat 13/6)/14, hal ini belum pernah terjadi sebelumnya. "Tidak ada pesawat yang menghilang di atas Austria," ujar pengendali lalu lintas udara di Kota Zurich, Marcus Pohanka.

Pohanka telah meminta lembaga pengendalian pengangkutan udara Persatuan Eropah menyiasat hal ini. Beberapa negara tetangga juga pernah mengalaminya, namun Pohanka tidak menyebutkan negara tersebut.

Meski demikian media asal Jerman Berliner Kurier pernah melansir pengendali penerbangan dari Kota Munich dan Kota Karlsruhe di Jerman dan Ibu Kota Praha, Republik Ceko pernah mengalami masalah kehilangan pesawat dari radar.

Badan kawalan penyelamatan penerbangan UPersatuan Eropah bakal menyelidiki dengan tuntas insiden ini. Dugaan sementara ini lantaran padatnya lalu lintas udara.